WELCOME TO MY BLOG

Tuesday, 12 April 2011

HATI



Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih... . ianya bererti. Aku terlalu
menghargainya.
Oh ye ke... tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja...

Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku
takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga
dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti
barangan lain seperti duit, permata dan
sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada
keajaiban yang tersendiri.

Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia
betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya , hati ini akan
malap. Mungkin akan terus mati untuknya.

Ianya bukan satu benda yang percuma.
Hati ini diberi
hanya kepada insan yang terpilih sahaja.
Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka,
kerana
naluri aku terlalu percayakan kau.

Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar
mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya
terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental
pada musuh aku. "Musuh",
mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini.
Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi
jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.

Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada
orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun
aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan
penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan
hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap
hati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya
terlalu mistik!

Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali
hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada
kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin
pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...
sehingga hatinya pulih seperti sediakala.
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya
lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah
kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka
sukarlah untuk hati itu kembali indah.
 
- GUGU

1 comment:

  1. akan ku jaga hati nie..sebaek baeknye..hanya utk yg selayaknye...

    ReplyDelete