WELCOME TO MY BLOG

Sunday, 12 February 2017

OUMH1103 Learning Skills For Open Distance Learners

alhamdulillah selesai jugak buat assignment semester satu. utk paper ni saya dapat 93.75/100%..
untuk ruangan (1.2) saya tak blh nak reveal sebab kat situ point saya yang tertinggi sbb saya ambil dari pengalaman kerja saya (Aircraft maintenance). so korang pandai-2 la buat utk ruangan tu... hahaha... ruangan (1.3) simple je... kesimpulan... korang blh pikir sndiri... okey

1.0) Kepentingan Mengenal , Mencari , dan Mengumpul Maklumat

1.1) Kefahaman maklumat ialah kemampuan individu menerangkan serta membuat sesuatu penilaian dengan maklumat yang lengkap melalui proses membaca atau melihat. Untuk mengukuhkan tahap pemahaman yang lebih berkesan dalam proses pembelajaran, pelajar perlu mempraktikan kemahiran membaca dengan betul agar mampu memahami dan mengaplikasikan maklumat yang disampaikan.

Proses memahami maklumat dapat dilakukan dengan pelbagai langkah. Pelajar boleh menggunakan teknik membaca dengan sepintas lalu. Teknik ini memberi gambaran secara kasar kepada pelajar tentang bahan yang dibaca. Langkah ini dapat menguji tahap minat pelajar terhadap tumpuan dan penekanan topik yang dibaca. Faktor persekitaran turut memainkan peranan penting kerana setiap pelajar mempunyai pendekatan yang berbeza. Terdapat segelintir pelajar selesa membaca dalam persekitaran yang senyap atau berbunyi. Cara ini bergantung kepada tahap penerimaan individu itu sendiri. Selain daripada itu, pelajar digalakkan membaca secara aktif. Kemahiran pembacaan yang aktif lebih tertumpu kepada penumpuan maklumat atau fakta yang penting. Maklumat yang penting ditandakan dengan warna yang terang atau membuat bulatan pada perkataan tertentu supaya dapat ditonjolkan dalam bahan bacaan. Memahami maklumat dapat diterapkan dengan membaca setiap perkataan dengan fokus dan tepat , menyebut setiap perkataan dengan fasih dan memahami setiap maksud perkataan yang dibaca. Sekiranya pelajar berasa sukar untuk memahami ayat yang di baca, pelajar boleh menterjemahkannya kepada bahasa sendiri untuk memahami maksud yang hendak disampaikan.

1.2) senaraikan contoh macam mne korang nak faham maklumat tu berdasarkan pengalaman korang. contohnya korang nak faham permainan alat muzik macam gitar. so korang kena mengenal dlu jenis-jenis gitar. lepastu terangkan secara ringkas perbezaan setiap gitar. lepas tu buat rumusan dan tafsiran secara ringkas hasil dari perbezaan setiap gitar yg korang kumpul tu.

1.3) Kesimpulan


2.0) myVLE dan myINSPIRE MEMBANTU DALAM MEMPERTINGKATKAN PEMBELAJARAN

Pembelajaran secara alam maya membantu saya mencari maklumat yang diperlukan. Perpustakaan digital berperanan membantu pelajar menyemak senarai buku yang terdapat di dalam koleksi perpustakaan. Proses pinjaman dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat sijil , diploma , dan ijazah, pelajar dibenarkan meminjam sebanyak tiga buah buku selama 14 hari. Permohonan tempahan buku boleh dilakukan melalui panggilan telefon. Perpustakaan digital menyimpan pelbagai jenis pengkalan data secara talian. Pelajar boleh mencari pengkalan data mengikut susunan abjad yang disediakan. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengumpul maklumat tanpa sempadan secara pantas.

#OUMH1103

No comments:

Post a Comment