WELCOME TO MY BLOG

Thursday 31 March 2011

Masih di sini


                                 AKU MASIH DI SINI....
                                 LARA DALAM JEJAK PERJALANAN
                                 YANG SENDIRI TIDAK KU KETAHUI
                                 DI MANAKAH IA BERMULA
                                 DI MANAKAH IA AKHIRNYA
                                 KERANA MASIH RAHSIA
                                 NAMUN MEMBIARKAN AKU
                                 MASIH DALAM SENDU, DALAM KELIRU
                                 RINDU PADA SECALIT KENANGAN
                                 DENGAN SETITIS KETEGUHAN HATI,
                                AKU MASIH DI SINI...

                               AKU BUKAN EGOISTIK, BUKAN FANATIK,
                               BUKAM MATERIALISTIK, BAHKAN BUKAN OPTIMISTIK
                               YANG MENGHARAPKAN FADHILAT YANG LEBIH
                               DALAM SEBUAH NATIJAH YANG NYATA
                               NAMUN AKU MASIH DI SINI LAGI...
                               MENYUSURI PERBATASAN KEPAYAHAN,
                               APA YANG PASTI MENJADI IDAMAN
                               SECEBIS KESABARAN DALAM NALURI
                               YANG TIDAK PERNAH GOYAH

29th March 09 - 29 Mar 11

assalamua'laikum... ermm... hari ni tarikh yg cukup bermakna dalam
hidup aku... hari ni aku bangun awal.. sebelum subuh lagi... bangun awal
then bersihkan diri...kemudian setelah selesai subuh... lepak jap tgk
gambar2 mse aku dgn die... tahun ni alhamdulillah hbngn kteorang
genap 2thn... walaupun tahun ni aku tak wish @ tak bg adiah ape2 kat
die...tapi aku tetap sambut dgn cara biasa...aku brcadang hr ni aku nak buat makan2 kat opis aku.. blnje bdk2 opis makan,uhuk..!! uhuk..!! 
tapi tangan ni gatal je nak taip sms nak wish jgk kat die... tapi biler
terkenangkan die cakap jgn ganggu hidup die lagi..ape yg blh aku buat..
btul tak...hurm... tarikh ni sweet date buat aku... sbbnya tepat jam 06.11pagi selepas azan subuh berkumandang... kteorg saling meluahkan perasaan masing2..ngee..!! hari ni aku gi keje cam biase... last sector tuk follow flight to JHB... hurm... negeri kelahiran die la pulak..tapi tu la kan.. Allah tu  Maha Kaya...hari ni kan hari yg cukup bermakna tuk aku. Dia hadiahkan aku satu peristiwa yg buat aku trsenyum...hehehehe...nak jadik kan cte mse aku fllow kapal tu, ada la sorang budak brumur lingkungan 20an..kecik comel je... muka ala ala eliza... comel jgk tu, hua..hua...smntara nak sampai airport senai tu.. aku borak2 la dgn bdk ni... borak pnye borak... rupa2nya bdk ni satu sekolah, satu darjah dan kampung pun sebelah menyebelah dgn si dia aku tu..pergh..!! tersenyum aku...wa...wa...wa... dorang saling kenal mengenali... happy bangat aku.. eventhough tak dpt wish ke ape ke kat die, atleast dpt jmpe kawan die pun ckup la.. kteorg saling brcerita ttg die...trubat jgk la rindu dihati...hik...hik.. beborak sampai tak sedar dah sampai JHB pun.. so die pun mintak diri... aku pulak buat keje aku..walk around .. wat inspection sikit...

dah sattle semua..back to kay el... spnjg prjalanan balik ke kay el tu.. aku senyum sorang2, adess...!! ntah ape aku berangan ntah la... hurm sebut pasal hadiah.. aku tak dpt nak hadiahkan something tuk die.. jadi hanya sekeping  doa yg dpt aku adiahkan tuk die... dlm hati ni teringin nak belikan teddy bear yg besar tu kat die...bagi byhand kat kawan die then suruh kawan serumah die handover kat die..ikutkan hati ni macam2 nak buat.. tapi tu la.. die pun dah tinggalkan aku sejauh yg mgkin..takkan kte nak paksa org taknak kawan dgn kte..btul tak...hurmm... sabar jelah..
mmg la org ckp hendak seribu daya.. tak hendak seribu dalih..aku ade
jgk tnye family aku .. kawan2 aku... kawan2 die... dorang semua ckp
perkara yg sama... die dan aku perlukan masa... so aku kena terima
la semua ni...cakap sayang...btul tak..?? so kne la terima semua ni..
syukur kehadrat Allah ape yg berlaku hari ni... diakhiri satu perkenalan
yang tak di sangka2.. penutup hari yg cukup menarik...dpt jmpe kawan die pun dah satu rahmat.. ibarat dpt jmpe die...hua..hua..hua...balik tdo dgn
lena...hik...hik..

Tuesday 29 March 2011

solat jumaat..

Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.
Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9' dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya. Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.
Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.
PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT
Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.
Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.
Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.
Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?
Walaupun telah ijma' di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.
Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).
Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.
Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-
المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم
Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)
Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram', cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut. Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.
Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :
اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني
Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)
BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?
Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?
Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.
Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :
Pertama : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.
Kedua : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.
Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.  
Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.
KESIMPULAN
Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:
a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.
b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.
c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya.Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.
Saya amat berharap agar para khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar, juga diingatkan oleh para bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua. Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid-masjid bagi menyedarkan orang ramai.

berhenti menjadi gelas

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya belakangan ini selalu tampak murung. 

“Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?” sang Guru bertanya.

“Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya,” jawab sang murid muda.

Sang Guru tersenyum. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.” 

Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.

“Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang Guru, “setelah itu kau minum airnya.” 

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis karena meminum air masin.

“Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru.

Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih meringis. 

Sang Guru tersenyum lagi melihat wajah muridnya yang meringis kemasinan. 

“Sekarang kau ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka. “Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau.” 

Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu pikirnya.

“Sekarang, coba kau minum air danau itu,” kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya kepadanya, “Bagaimana rasanya?”

“Segar, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan punggung tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya. 

“Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?”

“Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

“Nak,” kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”

Si murid terdiam, mendengarkan. 

“Tapi Nak, rasa ‘masin’ dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya qalbu yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau.”

Tidak guna terlalu khuatir tentang masa depan yang belum kita ketahui. Adakah lebih baik menumpukan perhatian kita kepada apa yang berlaku ketika ini.

Bahagian Tubuh yang Paling Bererti..

buku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling
penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang
aku anggap benar.


Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi
kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu."
Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah
memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."


Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak
jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi,
kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi
semua orang, jadi pastilah mata kita."


Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi
jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."


Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari
tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan
jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke
tahun, anakku."


Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih.
Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana
itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku
memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat
tinggal pada datok.


Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh
yang paling penting, sayang?"


Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering
berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.


Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu,
"Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu
sudah benar-benar "hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu
beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah
memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu
harus belajar pelajaran yang sangat penting."


Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh
dengan airmata. Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling
penting adalah bahumu."


Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?"
Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala
seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.


Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk
menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan
teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila-
bila pun kamu memerlukannya."


Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak
menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati
terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.


Orang akan melupakan apa yang kamu katakan.
Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan.
Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.
Just because the past is painful, Doesn’t mean the future will be. So never let events from the past,
Change the events for future, or You will be miserable forever… 





Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.
 Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

kalau.........

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih.kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worryi will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring

Malaikatmu.....tersentuh hati.....(

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...


Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok
Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup
disana; saya begitu kecil dan lemah ?"


Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan
menjaga dan mengasihimu ."


Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya
lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi
saya untuk berbahagia."


"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan
merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"


"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya
jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"  "Malaikatmu  akan berbicara
kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan
dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara
berbicara."


"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"


"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan
melindungi saya ?"  "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut
mungkin akan mengancam jiwanya"


"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan
sentiasa disisimu"


Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi
dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus
pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"


"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "


Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu.  Berbakti, berdoa dan
cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang
gantinya dunia akhirat....


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan
karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawah
telapak kakimu...

Friday 25 March 2011

Satu rasa

ada satu rasa
tersembunyi di sebalik lipatan jiwa
kadangkala lemah tidak bermaya
kadangkala ia berkuasa merubah nyata
rasa itu wujud dalam setiap jiwa manusia
bisa menjadi satu jika ada gabungan dua jiwa

ada satu rasa
kadangkala menjadi ratu di hati
ada ketika beraja di jiwa insani
alangkah indah dan meriah jika saling memahami
sering jua rasa itu di hujani mimpi dan tragedi
namun semelankolik itu hanya untuk menguji

ada satu rasa 
ada masanya ia dilukai hingga berkeping-keping jadinya
namun rasa itu tetap teguh dan tak mungkin padam
kerana tumbuhnya di jiwa manusia
disirami titisan kemanusiaan
dibajai benih-benih kemesraan
untuk satukan rasa, menyemai impian, menyulam harapan
zahirnya nampak ceria, namun
hanya rasa itu tahu betapa terseksanya jika terpendam

ada satu rasa
dimiliki setiap insan namun sukar dimengertikan
adakalanya tidak terluah dengan kata-kata
tidak jua difahami jika direnung dalam kolam mata
tak mungkin jua mengetahui andai dapat melihat hati
rasa itu hanya akan dimaklumi dengan satu rasa

ada satu rasa
rahsianya....rasa itu makin kuat jika mekar rasa rindu
pasti terbit jika lahir fajar cemburu
namun, waspadalah rasa itu bias suka, bias jua duka
luahkan saja andai ada rasa itu
pada sesiapa yang mengerti rentak hatimu
luahkan saja andai kau yakin dan mampu...kerna
itulah RASANYA AKU...

angin rindu menggamit ruangan hati

assalamua'laikum...alhamdulillah hari ni aku masih bleyh brnapas lagi.. diberikan peluang
untuk terus menikmati sisa sisa hayat yang sementara di pentas yg penuh pancaroba nih..
actually aku balik keje lewat giler arini... sampai rumah 6pagi tadi... sambil drived dari opis
menuju kerumah.. layan lak suria.fm.. walaweyh..!! masyukkk...!! hurm... mase tgh sedap
layan lagu... ttibe radio tu putarkan lagu sterusnya...lagu taman astakona dgn lagu im yours...
ttibe blh pulak trbayang wajah si dia yg comel... wajah yg penah menghiasi hari hari aku dgn
penuh kceriaan...penuh usikan...pp die labuh je..geram je...nak je aku cubit...hua..hua..hua...
kenangan yg tak dpt aku lpe kan... aku antar die gi collage dgn mtor.. mse tu die dah lmbt...
ujan pulak tu... dua dua basah kesejukan..kesian aku tgk die..ape yg menariknya...die tak penah
merungut.. malah die bg kata2 smangat kat aku... biar brmula dari bawah.. sme sme ssh... hurmm...
kadang2 aku tsnyum dgn gelagat die... kerenah die.. macam bdk2 manja... comel je...mte tu dah la bulat
besar...dah tu ske kelip2 mte lak... bajet comel la tu...hik...hik... mmg comel pun..ngeee...ermm...
dah lme aku tak pegi times square dgn one utama...last pegi dgn die pun tahun lepas...skg ni nak
lepak pun dah malas da.. lepak dgn bdk2 opis ler jawabnya....skg ni ape la cte die... die pun
macam dah nekad je.. dah betul2 buang aku... takpelah.. mgkin die dah jmpe right person...
seorang lelaki yg sempurna...yg dapat memahami dia...aku ni mne la tahu sgt pasal ati pmpuan...
pmpuan majuk ke..cmburu ke..aku tak tahu.. melainkan kalau die bgtau.. bru ler aku tahu..
isk..isk.. teruk betul aku ni... tapi biler dah jadik camni.. bru ler nak bljr pasal hati pmpuan...bak kata
kawan2 aku..."mse dpn mte, taknak jge...dah takde bru la nak mnyesal"... takpe beb... yg pnting
doa aku iringi die...yg pnting hati aku masih tak brubah... uhuk..!! uhuk..!! erk... sedar2 dah sampai
pun dpn rumah... kete lak tak byk pepagi2 buta gini.....dah brsihkan diri..baring2 kejap...takleyh
tdo la pulak...kenangan dgn dia brlegar2 je... teringin gak jmpe die..tapi die tak bg peluang lngsung...
takpelah... nak wat camne... org tak sudi jmpe kte... kte bkn nak pape pun.. just nak jmpe...tgk muka
die..pas2 balik la... taknak ckp pun takpe.. dpt tgk muka pun jadiiii lahhh...adessshh... penangan die blh tahan jgk tu...wa...wa...wa...
pe pun... wish u all da best.. mudah mudahan Allah permudahkan segala
urusan dia.. die pun dah final sem and final year...harap2 die kuat
dan tabah dalam menjalani minit2 kehidupan....zzzzzz

Sunday 20 March 2011

SAHABAT

Saya cukup percaya dalam hidup kita ni.. biarlah ramai kawan... barulah hidup tak sunyi...
daripada mereka, pelbagai perkara boleh di pelajari... kawan2 yg sama2 mmbesar
di kampung tetap menjadi teman  yang akrab...mungkin kerana kami sama2 brkongsi 
pengalaman dan khdpn serta kegirangan zaman kanak2... di marahi ibu bapa... sama2 berbasikal
ke sekolah...mengaji.. main guli... main masak2...terjun sungai...mrentasi hutan dan padang semuanya
dilalui bersama... mreka ini sudah spt saudara...dan di antara mereka dpt rasakan satu sentimental value..
walau jarang brjumpa... kmesraan tidak pernah padam...kerana bersama mereka brmulanya tapak 
perjalanan KEHIDUPAN...

Seterusnya...kita melalui satu kehidupan baru..iaitu kehidupan di sekolah...
meninggalkan kenangan yang mendalam...sama2 meniti dan melalui suka duka hari-hari
terawal di alam prsekolahan...berkongsi rasa gmentar hari pertama...tak dpt kta semua
lupakan...menangis...takut... di tunggu ibu atau ayah dan pelbagai di rasai ketika menggalas tanggungjawab
sebagai murid baru...persahabatan ini saya namakan MERENTASI MASA... ramai di antara
teman2 sedarjah dgn saya sejak dari darjah satu dan kini masih menjadi teman baik saya
hingga hari ini..alhamdulillah...syukur kehadrat Allah s.w.t...

Kini, kita melangkah ke satu langkah lagi..di mana kita berada di alam asrama atau kolej...
berkongsi dan meniti zaman remaja yg cukup indah.. jatuh bngun dlm cinta...dan mencuba ssuatu
yang baru dlm hidup...rahsia cinta...berkasih...kecewa...menangis...ketawa..suka..duka...sbgai
remaja berbaur segalanya di sini...persahabatan sering tercabar dgn plbagai kerenah...
maklumlah darah muda yang sntiasa panas dan sensitif... namun di sini juga kita membentuk
klik dan teman baik... setia unsur kehidupan kita pasti akan brtemu dgn org2 baru yg mngkin
akan menjadi kawan baik.. stiap mreka mengajar erti sebuah kehidupan... saya percaya
persahabatan brlandaskan keikhlasan akan tetap berpanjangan... maka ukhwah itu sentiasa
mekar dan harum sepanjang hanyat... kita melalui setiap detik dgn penuh keindahan....walaupun
dlm keadaan yg gmbira ataupun yg sebaliknya...apa pun bukan mudah utk mengekalkan persahabatan
yang trjalin... MASA MENJADI PENENTU...


Bagi yang sering mengadu hati mereka di lukai oleh insan yg brnama sahabat... sabar byk2...
kerana dalam persahabatan ada dugaannya... cuma persahabatan sejati shj yg dpt mrentasi
masa....jgn over snsitif... tidk jugak trlampau menjaga hati hinggakan spt pak turut...
Kerana persahabatan ini umpama menarik rambut di dlm tepung...rambut tidak putus dan tepung 
pula tidak brselerak.... saling hormat menghormati dan hargai sebuah prsahabatan adalah
yang TERBAIK...

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini : 

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? 

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya. 

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat? 

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas. 

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. 

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut. 

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik? 

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik. 

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. 
Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Pesan pada diri...

pesan pada diri....
jangan tersalah memberi hati....
pada insan yang tak sudi....
pada insan yang tak mengerti....


kerna


sekali kau memberi, selamanya dia dihati....


dan


sekali kau dilukai, sampai mati tetap kau ingati....


pesan lagi pada diri....
hati-hatilah dalam memberi hati....
sebab ia hanya untuk insan yang tahu
menghargai....
betapa tingginya nilai sekeping HATI...

INDAHNYA SEBUAH UKHWAH

Insan yang mulia merendahkan segenap kehidupannya dengan rasa tawadhuk kepada Illahi. Menghiasi diri dan peribadi dengan cahaya kebenaran dari taman-taman Raudhah keredhaan Allah. Mencari perlindungan dan mengharap rahmatNya dengan ibadah dan amalan yang berkat, sehingga meneguk kedamaian dalam nikmat munajat bertaqarrub kepada Allah SWT.

"Biarkanlah segala sesuatu mengalir seirama taqdir.
Jangan sesekali kau tidur kecuali tetap waspada.
Saat kau kerdipkan matamu kau akan tercengang
ternyata Allah telah mengubah keadaan."

Menginsafi kejadian serta kelemahan diri sendiri merupakan amalan mulia dan terpuji. Seterusnya memperhambakan diri kepada Yang Maha Esa dengan memperbanyakkan amal ibadat setiap masa dan ketika.

Kejernihan hati nurani serta budi pekerti yang luhur menjadi benteng dalam mengharungi bahtera hidup ini. Perintah Allah dan sunnah Rasul menjadi pelita kehidupan dan pegangannya.

Seorang Penyair Berkata:

Sahabatku, demi Allah, tidak ada satu musibah pun yang kekal dalam hidup ini bagaimanapun beratnya

Jika suatu ketika ia menimpa

Janganlah anda merasa tak berdaya kerananya

Jangan pula banyak mengeluh kerana ianya pasti akan lenyap,

Betapa banyak orang terhormat yang dulunya sering tertimba musibah
namun ia tabah sampai musibah itu lenyap dan meninggalkannya

Dan saat kesabaranku muncul dalam musibah maka musibah terasa ringan.

Renungilah Syair ini:

Hatiku terasa sedih saat menanggung derita namun terkadang kesengsaraan bagiku ada hikmahnya

Begitu banyak hari yang diawali dengan kesusahan dan kesedihan namun berakhir dengan kesenangan dan kegembiraan

Aku tidak merasa berat dengan kesusahan menimpaku kerana aku yakin
akan ada jalan keluar di balik kesusahan.

Semoga kita tabah mengharungi dugaan hidup. Firman Allah SWT dalam surah Ali-'Imran, ayat 159:
".... apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal (kepada-Nya)."

Kehidupan selalu menemukan kita dengan berbagai keadaan yang berbeza, suka dan duka, pahit atau manis...namun salah satu pemberian terbesar yang kita terima dalam kehidupan adalah sebuah persahabatan!






















Saturday 19 March 2011

Ketika Allah Memilihmu Untukku.....


Redhalah aku dengan Kamu yang telah ditakdirkan mengenggam jemari tgnku melintasi titian SiratulMustaqim..khas untuk Kamu...

Ketika Allah Memilihmu Untukku..
Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku, Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..
Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku, Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku, Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna.. Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku, Kau dan aku akan menjadi 'kita'..
Padamu yg Allah pilihkan untukku.
.Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah, Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku, Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya..
Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita.. Ibadah pada-Nya ta'ala..
Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah..
Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah, Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah.. Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..
Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah, Kata2mu adalah titah untukku, Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..
Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah, Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..
Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku, Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku....

Ya Allah swt..berkatilah kehidupan kami...

JIKA KAMU MENYAYANGI SESEORANG DAN DIA MENINGGALKAN KAMU, apa yang kamu akan kata?


JIKA KAMU MENYAYANGI SESEORANG DAN DIA MENINGGALKAN KAMU, apa yang kamu akan kata?.. banyak Versi yang boleh dikupaskan.. walaupun boleh terima perpisahan itu, tetapi mesti ada yang tersemat sakit hati, jantung, usus, limpa kepala otak kan?.. bacalah versi yg jarang2 kita nak ngaku tetapi merasakan sangat2 kecewakan....


  • VERSI KUNO: " Aku merelakan kepergiannya ngan redha...eceh..."
  • VERSI SABAR : " Alaaa....dia mesti balik nak berbaik-baik dengan aku balik..tengok laa nanti..."
  • VERSI TAK KISAH : " Nak berbaik balik pun tak de hal..nak blah pun tak heran."
  • VERSI CEMBURU : " Sesape pun tak buleh cuba-cuba nak rapat ngn ex-aku tu.."
  • VERSI KURANG SABAR : " Kalau dia nak berbaik dalam masa terdekat ni...buleh blahh..!"
  • VERSI SYAK WASANGKA: " Apapasal tetiba2 nak berbaik-baik lak ni...."
  • VERSI BRUTAL : " Nak clash...? cubalah kalau berani.."
  • VERSI KURANG ASAM : " Bak, balik semua hadiah yang aku bagi dulu....bak..bak.."
  • VERSI ROMANTIS : "......................................................................................................."mungkin kawan2 yang boleh tulisnya..saya tak tahu..hehe


Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal ...


Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...
Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya Emmmm..
.rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...
Mak macam dah sedia...
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
Kakak pun rasa hairan...
Mak tak penah buat gitu...
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong.. Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...
Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari...
Ada kat dalam dalam beg...
Ada dalam ASB...
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi...
Ada kat dalam gulung tikar...
Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...
Mak...
Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut...
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...
Mak tetap takmau pi hospital...
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital...
Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...
Mak tetap tak bersetuju..
.Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakitKami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...
Mak...
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampunkan kami yer mak...
Mak...
Malam itu abang bawa mak ke hospital Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya makKiter kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya ajer..Cukup ker duit..
Kiter jawab pula..
.Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr...
Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran...
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek..
.Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...
Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...Ampon kan kiter...
Mak...
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006 Bila tiba aja kat hospital...
Nurse tengah balut mak dengan kain putih...
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...
Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..Kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...
Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata gitu... Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...
Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis...
kiter nangis ni...
Ni kat dlm bilik...
baru pukul 4.00 pagi...
Takder orang yang bangun lagi...
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la...Nanti bila kita selesai sembanyang subuh, Kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak...
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk...
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya...
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan...
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas...
Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...
Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak...
Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu..
.Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak...
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi... Puas la kakak memujuk kiter... Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.." Dan akhirnya akak juga nangis...
Mak tau tak..Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat... Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...
Mak...
Cukup la sampai sini dulu...
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula...
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak I LOVE YOU SO MUCH Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil