WELCOME TO MY BLOG

Tuesday 2 May 2017

MPU312


NOTA SENDIRI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Pandangan tokoh barat tentang tamadun
konsep tamadun dari perspektif material dengan mengaitkan tamadun dengan kebudayaan. Kebudayaan mencakupi aspek bahasa , cara berfikir , agama , adat resam , kepercayaan  dan kesenian

Pandangan tokoh timur tentang tamadun 
Tamadun berlandaskan kepada aspek kerohanian iaitu wahyu dan sunnah

Jenis-jenis tulisan
Heiroglyphic   - tulisan orang mesir purba
Cuneiform       - tulisan bergambar oleh masyarakat Mesopotamia
Pepaku            - orang Sumeria
Piktograf         - huruf berbentuk gambar oleh masyarakat Indus

Ciri-ciri Tamadun
  • Stratifikasi dan organisasi sosial
  • Pertumbuhan, pembinaan dan perkembangan kota (urbanisasi)
  • Pembahagian kerja secara kolektif
  • Tulisan dan komunikasi
  • Sistem agama dan kepercayaan
  • Kesenian dan estetika 
  • Penggantian kehidupan nomad kepada kehidupan moden melalai kemajuan sains dan teknologi

Evolusi agama
Naturalisme – animisme – dinamisme – politeisme

Prinsip tamadun
  1.      Peminjaman kepakaran
  2.      Sosioekonomi
  3.      Interaksi manusia dgn alam
  4.      Persaingan manusia
  5.      Daya kreativiti manusia

Matlamat tamadun

  • 1.      Ilmu pengetahuan
  • 2.      Pencapaian material
  • 3.      Pengamalan agama, moral dan akhlak
  • 4.      Kesejahteraan hidup

Sumber tamadun

1.      Ilmu
2.      Pemikiran
3.      Material
4.      Agama



Perbezaan tamadun daripada budaya

  •  Pengaruh tamadun berkekalan lebih lama berbanding dgn pengaruh budaya
  • Tamadun lebih bersifat universal merentasi sempadan geografi dan budaya.contohnya budaya masyarakat islam di rantau melayu  berpakaian berbeza daripada masyarakat islam di semenanjung arab. Budaya sesuatu tamadun terikat kpd kedudukan geografi


Asas tamadun islam

1.      Akhlak
2.      Aqidah
3.      Ilmu
4.      Syariah

Keistimewaan tamadun islam
  •      Bersumberkan al-Quran dan sunnah
  •      Diasaskan secara tegas dan tetap tanpa pengaruh kebendaan
  •       Bersifat terbuka kepada semua jenis tamadun bangsa dan agama
  •       Sesuai dengan fitrah dan tabiat semula jadi manusia
  •       Bersifat syumul, sempurna, konsisten dan global


Tamadun islam mempunyai TIGA DIMENSI
  •       Menghubungkan manusia dengan Tuhan
  •      Menghubungkan manusia dgn manusia
  •      Menghubungkan manusia dgn alam


  • Sumber pembinaan tamaddun islam
  •  Penemuan dan penciptaan baru
  •  Pengubahsuaian dan penyempurnaan semula
  •  AlQuran
  •  Sunnah
  •  Tamadun lain dan penemuan baru
  •   Ijtihad
  •   Qias
  •   Ijma
  •  Akal atau pemikiran
  



Tamadun Melayu

Paleolitik – Mesolitik – Neolitik – zaman besi

Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan
dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang. Undang-undang Pahang
telah disusun pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah
(tahun 1592 hingga 1614) di bawah pengaruh Undang-undang Melaka, Hukum
Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Adat Perpatih dan Adat Temenggong
juga telah di jadikan sistem perundangan di Melaka pada masa itu (Abdul Monir, 2005)

Tamadun China

Zaman pembentukan – sistem politik yang teratur dan berasaskan perundangan melalui amalam monarki dan feudalism

Zaman keagungan - dasar penyatupaduan rakyat China di bawah Dinasti Han. Ciri keagungan tamadun era Dinasti Han ialah kerana pencapaiannya dalam bidang pentadbiran kerana mempunyai sistem pemerintahan yang cekap dan berkesan bagi seluruh wilayah.

Zaman Peralihan - merupakan zaman negara China dijajah dan diperintah oleh orang luar dari kalangan bangsa Mongol dan Manchu

Zaman Moden -  tamadun China dilihat dengan campur tangan dan interaksinya dengan kuasa asing Barat

Unsur tamadun china

1.      Institusi agama yang wujud
2.      Bandar dan prtumbuhan penduduk, pertanian dan    perniagaan
3.      Pusat utama kebudayaan
4.      System Bahasa dan tulisan
5.      Kemajuan sains dan teknologi
6.      Organisasi social yang trsusun
7.      Kerajaan atau pentadbiran yang teratur
8.      Pembentukan bangsa tionghua

Mengenai sistem tulisan, tulisan Cina yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan kaedah xiang xing(lambang bergambar), zh'shi(lambang petunjuk), huiyi(lambang petunjuk fikiran) dan xing sheng(gabungan bentuk-bunyi).
  
ajaran konfusianisme mengenai konsep „lima hubungan utama yang menitikberatkan kejujuran dan kebaikan boleh juga diamalkan dalam konteks nilai yang universal dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu-padu. Lima hubungan utama itu ialah:


(i) Hubungan bapa dengan anak;
(ii) Hubungan suami dengan isteri;
(iii) Hubungan saudara tua dengan muda;
(iv) Hubungan raja dan pegawai; dan
(v) Hubungan sesama sahabat.

Agama Buddhisme yang diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha.
Ajaran Buddhisme terkenal dengan Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan
Pertengahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

(i) Panna (kebijaksanaan) yang meliputi pemahaman yang betul dan
pemikiran yang betul;

(ii) Samadhi (penumpuan) yang meliputi pengucapan yang betul, tindakan yang betul dan cara hidup yang betul; dan

(iii) Sila (moral) yang meliputi usaha yang betul, pertimbangan yang
betul, dan tumpuan yang betul.

  
Agama ketiga yang berpengaruh di China ialah Daoisme yang diasaskan oleh Lao Zi dan Zhuang Zi yang berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei atau melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha.

Daoisme terbahagi kepada dua cabang yang utama iaitu:

(i) Pemikiran falsafah Dao (daojia); dan
(ii) Aliran keagamaan Dao (daojiao)

Kitab Daoisme iaitu
Daodejing mengandungi metafizik Dao. Dao ialah jalan yang mempunyai pengertian bahawa punca segala penjelasan yang tidak dilahirkan dan tidak dapat diperikan. Tahap pencapaian pengamalan Dao yang tertinggi adalah kembali semula dan bersatu dengannya

Moisme ialah satu lagi kepercayaan yang telah diasaskan oleh Mo Zi (dari 479 SM hingga 381 SM). Antara konsep penting dalam pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian'ai), mengecam sikap suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib (feiming) dan

mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Di samping itu, ajaran Taoisme ialah agama yang diasaskan oleh Laozi dan Chuang Tzu yang menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi. Akhir sekali ialah kepercayaan Legalisme yang diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi. Legalisme mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya (Sazelin Arif et al., 2007

Dari segi upacara perkahwinan mengikut kepercayaan masyarakat China, terdapat enam pendekatan dalam menjayakan upacara perkahwinan iaitu: 



  1. Na chai (pemilihan jodoh);
  2. Wen Ming (pertanyaan nama bagi menentukan keturunan);
  3. Na Ji(keserasian dan penyesuaian);
  4. Na Cha(penerimaan dan persetujuan)
  5. Qing Qi (keserasian atau persamaan tarikh atau masa); dan
  6. Ying Qing(majlis perkahwinan


No comments:

Post a Comment