WELCOME TO MY BLOG

Saturday, 30 April 2011

Dadu...??

hurmm... kalau pk pasal dadu ni...sampai esok pun tak abes... ape kaitan dadu dgn life kte..?? ape ek...aku pun dah trlpe ape yg aku pk td..
sambil bsuh baju tadi terfikir ttg dadu dgn sekeping sejarah..uits...sejarah ekk.. hurmm... peristiwa yg dah lepas mmg tak bleyh diubah.. ia terukir sejarah yang akan terus trsimpan dalam ruangan hati dan kotak minda kita...kawan aku penah ckp kat aku..."ape benda sekalipun yang pernah berlaku dlm hdup kte atau org yg pernah hadir dlm hidup kte..ia
adalah perkara yang lepas atau dikenali dgn prkataan sejarah.." dan kte sbgi human being tak dpat lepaskan diri dari melupakan dia yang pernah hadir dalam minit2 kehidupan kte yg lpas...sbb ape..?? sbb dia adalah sejarah..adeih..!! cte pasal sejarah ler pulak... macam zaman skolah la pulak..hua..hua..hua...dan kte mesti ingat... sejarah takkan trpadam sampai bila2...mgkin hr ni atau hari2 sterusnya kte dpt lpe kan die sketika...tapi akan dtg satu detik yg kte tak pasti dan ia diluar jangkaan, kte akan trkenangkan die...mgkin ade 1,1 perkara yg saling berkait antara kte dgn dirinya mmbuatkan kte trkenangkan die...uhuk..!! uhuk..!! sama ada keadaan sekeliling...atau ape je lah yg ade kaitan atau yg sama wktu dgnnya... tapi kte kne ingat....itu adalah perkara yg dah lepas...dan kte jgak jgn lpe...kerana SEJARAH MUNGKIN AKAN BERULANG atau SEJARAH MUNGKIN AKAN LENYAP dibawa arus pancaroba kehidupan....

Majlis Yang Meriah

assalamua'laikum.... hurm... hari ni kawan skeje dgn aku yg paling rapat dgn aku mengikat tali
pertunangan...alhamdulillah semua selamat dan berjalan dgn lancar...meriah btul majlis die ptg tadi... semua
kawan2 dari plbagai peringkat semua datang... cme yg kurang menariknya aku je yg takde partner,
uhuk..!! uhuk..!! nak wat camne.. slumber je aku makan sorang2...siap gi tambah lauk lagik..ngeee..
ade jgk yg sindir2...gurau2...tnye..aku biler lagi..adesh..!! calon pong sik ada lagik...camne..?? lalalala...
dah sattle semua...aku turun setiawangsa jap.. gi followup medical checkup,ahaks..!!
pusing2...sekali jam douwh...pergh..!! mau tak nye... cuti 3 hari kot...then dari menyemakkan diri dgn
keadaan trafik cam2..better aku balik rumah trus...dah sattle iron dgn basuh baju..online kejap ni...
bosan tak tau watpe kan...jap gi nak keluar gi makan jap..huhuhuhu...

Sayang Bukan Rahsia!



Ini kisah benar. Kisah diriku 8 tahun lepas. Kali pertama aku jatuh hati pada seorang gadis. Dia tidaklah secantik model. Tak setinggi mana & chubby sikit. Orangnya boleh tahan comel. Senyumnya manis, punya lesung pipit di pipi kirinya. Perwatakan lembut & manja. Dengan suaranya saja aku boleh tergoda. Pada org lain, dia hampir perfect. Matanya redup tapi wajahnya selalu kurang bermaya. Bila berjumpa dia nampak lesu saja. Pandai orangnya, kewangan stabil.. Full package lah kiranya.

Aku? Aku menarik orangnya, begitu kata gadis-gadis. Tapi kawan-kawan melabel aku sebagai lalaki biasa tapi body boleh tahan. Aku punya ketinggian yang cukup, dada yang bidang (gadis-gadis suka, boleh buat bantal kalau nangis). Kewangan? Tu tak tentu. Kadang-kadang ada kadang-kadang entah la... Otak? Boleh tahan la, cuma aku malas sikit. So aku belajar slow2 (faham-faham la..extend 3 sem!)

Ok, gadis tu aku kenal melalui internet. Dunia tak sebesar mana, dah lama berchatting, baru aku tahu dia satu kolej dengan aku. Seronok lah aku, boleh aku intai dia selalu. Mula lah aku korek2 rahsia pasal gadis tu. Haihh, lagi2 lepas tu aku dapat tahu, gadis tu memang dah faymes kat kelas aku. Ramai member2 aku kenal dia. Room mate aku? Pernah kena gossip ngan gadis tu. Sebab? Gadis tu baik sangat. Apa2 hal dia ringan je nak tolong orang. Sebab dia tolong room mate aku, kena gossip la. Tapi tu sebelum dia kenal aku. Aku pulak tak tentu pasal dengki. Room mate aku tu aku buat jadi musuh. Padahal aku belum ada apa2 dengan gadis tu. Saja nak dengki... Ngehngehngeh....

Aku sebenanrnya dah mula suka kat gadis tu. Tapi tak nak kantoi. Kenapa? aku pun tak faham ngan diri sendiri masa tu. So, aku pun makin hari makin rapat ngan gadis tu. Gadis tu? Alah, dia anggap aku member biasa je. Geram betul! Pastu aku pun menjalankan strategi mengayat tapi tak nak kantoi. Macam mana? Hahaha.... Rahsia. Lama-lama gadis tu pun dah macam respond je. Aku apa lagi, suka la! Tapi banyak masalah sikit, ramai betul orang nak masuk line. Sakit hati betul aku. Tapi sebab daya tarikan aku (perasan lagi), gadis tu tak terpikat lah ngan orang lain. Hebat betul aku!

Birthday aku, gadis tu tiba-tiba je ajak keluar. Tapi dia ajak room mate aku sekali, dengan member aku lagi sorang. Menyampah betul, aku nak keluar 2 org je.Tapi kami keluar 4 org. Gadis tu punya baik, belanja kami semua makan. Siap belikan aku kek. Wah terharu lah! Aku tak tahu nak balas macam mana, aku just cakap thank you. Tak lama lepas tu, member aku ajak gadis tu tengok wayang. EH?? Sedap2 je nak potong line aku? Aku dengan tak malu cakap aku nak join. Lah, aku ingat diorang keluar 2 org je. Rupanya satu geng. 7 8 orang, aku ingat lagi. Masa tu gadis tu belanja lagi. Semua yang ada. Wah banyak betul duit dia. Dalam kepala, aku dah terbayang-bayang seronok kalau keluar dengan dia, dia bayar semua! Duit aku bole buat pegi futsal, beli rokok, modify motosikal. Yahoo!

Tak lama lepas tu, aku baru dapat tahu, dia belanja masa birthday tu sebagai member je (dia memang selalu belanja kalau member birthday). HAHA aku perasan lagi. Apa pasal la gadis tu baik sangat? Entah la. Aku tak mengaku kalah. Terus tackle dan tackle. Lama jugak baru tersangkut. Rupanya dia ada sejarah lama, patut lah susah betul nak dapat. Dia pernah kena tinggal dengan ex-boyfriend. Bukan sekali dua. Empat kali. Kesian gak. Tapi apa boleh buat..

Aku mula berazam nak ikhlas lah ngn gadis tu. Tak nak mainkan perasaan dia. Tapi aku pantang satu benda. Aku tak nak ada girlfriend. Nanti terkongkong. Tapi dalam masa yang sama aku tak nak gadis tu rapat dengan jantan lain. Nanti mula lah aku naik angin. Lama jugak gadis tu bertahan dengan aku. Tapi aku masih macam dulu, tak nak kantoi. Tak nak member2 aku tahu hal kitorg. Hal-hal kewangan aku dah mula bertolak ansur, ada waktunya aku yang bayar. Ada waktunya dia yang bayar. Tapi selalu dia yang bayar (aku selalu pokai). Dekat FRIENDSTER, aku tak nak letak in relationship. Aku letak single. Kenapa? Tak nak kantoi. Lagipun aku tak pernah ajak dia jadi girlfriend aku. Tapi aku control dia dah lebih dari girlfriend. Tak boleh keluar dengan jantan lain, tak boleh tolong jantan lain, tak boleh itu, tak boleh ini. Kesian gadis tu, ikut je cakap aku. Dia memang respect kat aku. Aku? Ada masa sempat lagi chat ngan awek lain. Dia tak tahu, tak apa lah. Jahat betul aku ni.

Lama kami berkawan. Kawan je tapi control lebih. Jealous tak payah cakap. Masing2 kuat jealous. Problem cuma aku yang tak ajak dia jadi girlfriend aku. Tak kan dia nak ajak aku jadi boyfriend dia kan? Lama2 kantoi jugak dengan member2 rapat masing2. Tapi aku mcm biasa, no comment. Dia? Bila org tanya, dia cakap dia tak ada boyfriend. Aku bukan main sakit hati lagi. Dah tahu ramai peminat nak cakap macam tu pulak. Tapi fikir2 balik mmg betul. Aku bukan boyfriend dia. Aku sebenarnya tahu, dia nak aku yang cakap dulu. Tapi aku buat tak tahu je. Wah aku ni, dulu masa tak dapat bukan main lagi aku mengayat, sekarang dah dapat tak nak ada hubungan pulak. Tapi nak control. Pelik betul aku ni. Kadang2 kesian tengok dia. Dia mcmserba salah kalau nak cakap apa2. Ye lah, aku bukan boyfriend dia, bukan tunang, bukan suami. Kawan je.

Kami berkawan dari alam kolej sampai lah masing2 dah bekerja. Dia dapat jawatan bukan main tinggi lagi. Dia kan rajin & baik, semua org suka. Aku, biasa je. Gaji pun boleh la kalau nak buat makan. Masa dah kerja lagi banyak dia yang keluar duit, tapi dia memang tak merungut. Cuma kadang2 bila dia tak mampu, dia diam je. Tak ada gedik2 ajak aku keluar. Lagi satu, sepanjang kenal dia, tak pernah minta aku belikan apa2. Cukup sekadar aku berbual2 dengan dia dlm phone sebelum dia tidur. Gadis itu, baik sungguh. Member2 aku ramai yang kedana, awek mintak yang bukan2. Aku, senang je.

Birthday dia? Aku wish je. Lepas tu aku call dia 2 3 jam. Tak ajak pegi mana2. Tak bagi apa2. Kesian dia. Aku tak lah kedekut sangat. Cuma aku ni kayu sikit. Tak reti lah nak bagi apa2. Gadis tu, tak merungut langsung. Beruntung aku masa tu.

Usia dia menjejak 27 tahun. Dia masih melekat dengan aku, bukan sebagai girlfriend, bukan sebagai tunang. Masih lagi kawan je. Dia ada cakap pasal nak kahwin. Tapi dia tak cakap pun nak kahwin dengan aku. Aku buat tak tahu je lah. Kewangan tak stabil. Lagipun aku nak enjoy dulu. Tak faham2 aku ni, perempuan kalau dah 27 tu dah lambat la kalau tak kahwin,  tak tunang. Kesian dia. Mak dia dah bising2 kat dia suruh kahwin. Tapi balik2 dia terpaksa cakap kat mak dia, tak ada calon lagi. Aku pulak masih dengan perangai lama. Family aku tak tahu pasal dia. Family dia tahu tapi ye lah, kalau aku tak gerak takkan diorg yang nak gerak.

Last2 gadis tu tanya jugak dekat aku. Lepas 6 tahun berkawan.

"Awak, awak dah lama kawan dengan saya. Awak nak buat saya jadi apa nanti? Awak nak kahwin ngan saya ke?"

Aku tahu dia malu nak tanya macam tu. Tapi aku saja buat dia tak keruan.

"Eh, mana ada saya cakap nak kahwin dengan awak kan?"

Aku hanya bergurau tapi aku tak faham hati perempuan. Dia menangis depan aku time tu jugak. Aku buat tak tahu. Siap gelak lagi bergurau2. Pastu pujuk jugak tapi pujuk biasa je lah. Tak sentuh langsung hal-hal kahwin tu. Lepas peristiwa tu. 4 bulan kami tak berjumpa. Aku sibuk dengan kerja, tak tanya pulak bila lagi nak jumpa. Call pun  ada sekali dua je rasanya. Tiba-tiba bila aku buka e-mail, dapat e-mail dari dia.

"Awak, family saya asyik tanya saya tentang kahwin. Saya dah tak tahu nak cakap apa. Kalau awak sayangkan saya, sekurang-kurangnya kita bertunang dulu. Saya faham kewangan awak tak stabil. Saya boleh keluarkan belanja. Dengan duit simpanan saya sendiri. Saya segan nak tanya awak. Saya takut awak jawab macam hari tu. Tapi kalau awak tak sudi, saya boleh berundur. Ibu saya dah banyak kali cakap, kalau saya tak ada calon, dia dah ada calon untuk saya. Ada yang masuk meminang. Dalam masa sebulan lagi ibu saya akan bagi jawapan. saya harap awak faham. Saya mengaku saya sangat sayangkan awak."

Aku tak ada perasaan masa tu. Aku ingatkan dia saja nak buat cerita, buat point supaya aku gerak. Lepas tu aku tengok tarikh e-mail tu, 3 bulan lepas. Bila aku check balik, ada e-mail yang masuk folder spam. Dari gadis tu.

"Awak, saya tunggu jawapan awak. Saya cuba call awak banyak kali. Tak dapat. Ibu dah buat keputusan. Saya dah tak boleh undur lagi. Minggu depan saya akan kahwin. Saya minta maaf. Kalau sudi datang lah ke majlis saya."

E-mail tu tarikhnya sebulan lebih selepas e-mail yang sebelumnya. Baru aku ingat sebelum tu ada lebih 20 missed call dari dia. Tapi aku tak call balik sebab aku sambung tidur. Bila bangun aku dah tak ingat nak call. Kalau diikutkan, dia memang sepatutnya dah berkahwin. Aku beranikan diri cuba call dia. Dijawab oleh seorang lelaki.

"Salam. Nak cakap dengan isteri saya?"

"Salam. Isteri?"

"Ye, isteri saya terlupa phone dia dlm kereta saya tadi sebelum ke pejabat"

Aku terdiam. Gadis tu dah kahwin. Aku?

"Hello?"

"Maaflah ye, boleh saya tahu encik ni siapa? Nanti saya inform dekat isteri saya encik ada call. Rasanya nombor encik tak saved kat dalam phone isteri saya ni"

Aku rasa kelam masa tu. Mesti gadis tu cukup sabar menanti aku selama ni. Sekarang nombor aku pun dia dah tak simpan lagi.

"Tak apalah, kirim salam pada isteri encik. Katakan kawan lama menelefon bertanya khabar. Selamat pengantin baru"

Hari tu aku menangis semahunya. Gadis 'full package' yang manis, anggun dan sangat baik dah hilang dari aku. Sedih aku bila ingat balik, dia tak pernah berkira, tak kedekut, selalu tolong aku, bagi sokongan kat aku. Aku memang tak boleh nak salahkan gadis tu. Dia memang dah lama tunggu aku. Aku tak ada apa2 ikatan dengan dia. Aku memang tak boleh salahkan dia kalau dia tinggalkan aku. Tapi bertahun-tahun aku simpan harapan. Cuma sikap aku yang buat aku jadi macam ni. Sekarang aku kena mula cerita baru. Cerita yang sepatutnya dah nak sampai happy ending terkubur macam tu je.

Pesanan untuk orang di luar sana: Kalau kita suka/sayangkan sesorg, jangan segan ucapkan sayang. Jangan biar lepas. Nanti menyesal tak sudah. Lagi2 lelaki, kita memang tak suka dikongkong. Tapi selalu ingat perempuan tak suka dibiarkan sahaja. Walaupun diorg tak ckp, perempuan ni sebenarnya lebih suka bila ada org yang control dia. Mungkin rasa dilindungi. Rasa ada yang ambil berat. Ikatlah dengan satu ikatan, kekasih, tunang, isteri. Jangan pernah malu untuk beritahu dunia, gadis tu milik kita. Kalau benar gadis tu ikhlas, dia pasti gembira bila kita dengan bangga katakan dia milik kita.

Friday, 29 April 2011

JAWATAN KOSONG (TEMUDUGA TERTUTUP)

Temuduga Sebagai “CALON JENAZAH”

Semua Calon Sama Ada Berminat Atau Tidak berminat Akan Dikehendaki Hadir Tanpa Sebarang Pengecualian.

Kekosongan Jawatan:

1. Ahli Syurga Dari Awal.
2. Ahli Neraka Dari Awal.
3. Ahli Neraka Sementara .. Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

Empat Ganjaran Lumayan (Khas Untuk Jawatan 1)

1. Nikmat Kubur.
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga Yang Kekal Abadi.

Tarikh Temuduga:
 Bila-Bila Masa Secara Terus Bermula Dari Saat Membaca Iklan Ini.

Lokasi Temuduga:
 Di Dalam Kubur (Alam Barzakh).

Kelayakan:

Anda Tidak Perlu Bawa Siji-Sijil,Termasuk Sijil Saham Termasuk Saham Internet.
Anda Tidak Perlu Bawa Pingat , Mercedes Mata Belalang Atau Kad Kredit.
Anda Tidak Perlu Bawa Wang Atau Harta Serta Emas Yang Anda Kumpul.
Anda Tidak Perlu Berparas Rupa Yg Cantik, Hensem Atau Berbadan Tegap Atau Seksi.
Sila Bawa Dokumen Asal Iaitu : Iman Dan Amal Serta Sedekah Jariah Sebagai Sokongan.
Panel/Penemuduga:

Mungkar Dan Nakir.
Enam Soalan Persediaan (BOCOR):
1. Siapa Tuhan Anda?
2. Apa Agama Anda?
3. Siapa Nabi Anda?
4. Apa Kitab Anda?
5. Di Mana Kiblat Anda?
6. Siapa Saudara Anda?

Cara Memohon:

Anda Cuma Perlu Menunggu Penjemput Yang Berkaliber Untuk Menjemput Anda. Ia Akan Menjemput Anda Pada Bila-Bila Masa Saja (Mungkin Sekejap Lagi). Ia Akan Berlembut Kepada Orang-Orang Tertentu Dan Akan Bengis Kepada Orang-Orang Tertentu. Ia Diberi Nama Izrail.

Kepada Para Calon Dikehendaki Bersiap Sedia Dari Awal Kerana Mungkin Anda Calon Seterusnya!!! 


hehe...jgn marah ye,
SUMBER DIPETIK DARI FORUM HALAQAH

ape yang aku nak taip ek

tapi satu perkataan jelah...RINDU...wa...wa...wa...

Dari seorang lelaki

teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan
giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak-
anak
tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan
tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi,;;; masuk ke pintu
rumah,
lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi teruk berselerak
lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan
masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk
tidak bercuci.
mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak
masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam

lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat
isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.."awak sakit
ke?"..tanya lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil
meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balas
isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg
mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah
tidak
sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa
kerja
yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan
kadang-kadang. ....NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG
BIASA
SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek
atau
mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus
melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

Best baca sampai abis!!!. It's true.
To share..Dari Ilham seorang lelaki..

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik
porak
peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu
pening.Pantang
kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat
kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya
hidup
ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa
sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmm lah!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",aku
pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once
shouting
from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one
to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, I
felt
something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau
'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah
abis,
tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil...Masuk
hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun
melecun,
wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk
pintu
hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas,
forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.
Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer
best
pun jadik tak best.
Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik
rasa
cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin
bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utkdipakai.
Toilet
dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Every nite,
very
the lonely, baring atas katil nengok ceiling
blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata
sebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah
terasa separuh pengsan.
Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita
sedar
betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah isteri kita
rasa
bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..
>
So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat
kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat
dorang
ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita,
sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah
dulu
cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja
rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang
paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini
kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah
lagi...
penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak
rela!!!
So to all mums and wives out there... life will be meaningless without
you

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi
when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak
kena!Usahkan
seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak
bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak
HAPPINESS!!!
Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24
hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh
pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap
gaya, tingkap pun boleh tercabut...
And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm! !! Can do
whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah
kawan,boleh
chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat
talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng
solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa
kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah
jadik
sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar
bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah.Tanpa
leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni tak ada
cabaran,
not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak
membebel, takde orang nak pulas telinga.
Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari
mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih
bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia
menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.
Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our
life!!

Keistimewaan Wanita Yang Allah Kurniakan Rahim

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini
ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang '
manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji
penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib
sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu
sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga
sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi
cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan
Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga
habis nyawanya.


Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang
dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan
dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu
dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk
Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk
Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat
pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak
disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-
hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga
tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya
kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri
boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang
isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas
berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa
anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung
ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham
akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
Dan juga tidak derhaka kepada suaminya.