Korban
ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13
Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah
berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2
hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.
Firman Allah swt yang bermaksud:
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah."
Al-Kautsar:
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah."
Al-Kautsar:
2.
Menurut pendapat yang masyhur, maksud solat pada ayat itu ialah solat
Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.
Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut:
Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut:
"Jadikanlah
solatmu ikhlas hanya untuk Allah sahaja dengan sama sekali tidak
mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu
tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai
kesyukuran terhadap apa yang dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak
terhingga banyaknya."
Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud:
"Tidak
ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam
ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban.
Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi )
dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban
telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah.
Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)
HUKUM KORBAN
Hukum berkorban adalah sunnah muakkadah.
Hukum berkorban adalah sunnah muakkadah.
Sebahagian
ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa berkorban hukumnya wajib bagi
orang yang mencukupi nasab zakat. Antara rujukan mereka adalah hadis
yang bermaksud:
"Barangsiapa berkelebihan (dalam harta) tetapi tidak meyembelih haiwan korban, janganlah dia mendekati masjidku." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
MEMAKAN DAGING KORBAN
Daging korban wajib, contohnya seperti korban nazar adalah haram dimakan oleh orang yang berkorban. Daging korban sunat pula, contohnya seperti korban Eidul Adha adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban sekadar untuk sekali makan, selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah. Diutamakan fakir miskin daripada keluarga, kemudian fakir miskin yang menjadi jiran tetangga.
Daging korban wajib, contohnya seperti korban nazar adalah haram dimakan oleh orang yang berkorban. Daging korban sunat pula, contohnya seperti korban Eidul Adha adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban sekadar untuk sekali makan, selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah. Diutamakan fakir miskin daripada keluarga, kemudian fakir miskin yang menjadi jiran tetangga.
Jantung hati
ternakan korban sunat dimakan, kerana menurut hadis riwayat Al-Baihaqi:
"Rasulullah s.a.w memakan hati korbannya."
Allah
swt juga menyuruh orang yang berkorban memakan sedikit daripadanya,
sebagaimana firman Allah swt surah Al-Haj 28 yang bermaksud:
"Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir."
Daging
dan kulit haiwan korban
dilarang diperjualbelikan, kerana menurut hadis riwayat Al-Hakim yang
disahihkannya, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang menjual kulit korbannya maka tidak ada korban baginya."
Demikian
pula tidak boleh memberikannya kepada penyembelih sebagai upah. Kulit
ternakan korban halal dimanfaatkan oleh yang empunya, seperti membuat
bekas air dan sebagainya.
FADHILAT KORBAN
Keistimewaan orang yang berkorban banyak sekali. Saidina Ali bin Abi Talib r.a telah meriwayatkan bahawa sesiapa yang meninggalkan rumahnya dengan maksud membeli haiwan korban, maka setiap langkah dikurniakan 10 kebajikan, dihapuskan 10 kesalahan, dinaikkan martabatnya 10 darjat
Keistimewaan orang yang berkorban banyak sekali. Saidina Ali bin Abi Talib r.a telah meriwayatkan bahawa sesiapa yang meninggalkan rumahnya dengan maksud membeli haiwan korban, maka setiap langkah dikurniakan 10 kebajikan, dihapuskan 10 kesalahan, dinaikkan martabatnya 10 darjat
•
Apabila dia bercakap-cakap dengan penjual ketika membelinya, maka
setiap patah kata yang diucapkannya itu adalah sama dengan satu tasbih.
Dan jika dibayar harganya, maka setiap satu dirham, dia beroleh 700
kebajikan. Jika haiwan itu dibaringkan di atas tanah, maka setiap titis
darah yang tertumpah, dijadikan oleh Allah 10 Malaikat yang mendoakan
dan meminta ampunkan kesalahannya kepada Allah sampai hari kiamat.
•
Apabila dagingnya dibahagi-bahagikan, maka setiap suap yang dimakan
orang, baginya adalah seperti memerdekakan seorang anak cucu
Nabi Ismail a.s. Haiwan yang dikorbankan itu kelak akan menjadi
kenderaan bagi orang yang mengorbankannya pada hari kiamat. Dalam hal
ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal Mustaqim."
•
Selain daripada itu orang-orang yang melaksanakan ibadah korban
dipandang sebagai orang yang baik di antara umat Nabi Muhammad s.a.w,
sesuai dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w:
"Umatku yang baik ialah mereka yang berkorban
dan umatku yang jahat ialah mereka yang tidak berkorban."
•
Korban juga dapat menyelamatkan orang yang berkorban dari kejahatan
dunia dan akhirat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang
bermaksud:
"Bukankah
korban itu termasuk ibadah yang menyelamatkan orang, yakni
menyelamatkan orang yang empunyanya daripada kejahatan dunia dan
akhirat."
ORANG-ORANG YANG DIANJURKAN BERKORBAN
Golongan yang dianjurkan atau diperintahkan untuk melaksanakan ibadah
korban ialah:
*Orang Islam
*Merdeka
*Baligh (Dewasa)
*Berakal - berdasarkan ini, korban tidak diperintahkan kepada orang kafir, hamba sahaya, anak-anak dan orang gila.
*Mampu - apa yang dimaksudkan dengan mampu ialah
*Merdeka
*Baligh (Dewasa)
*Berakal - berdasarkan ini, korban tidak diperintahkan kepada orang kafir, hamba sahaya, anak-anak dan orang gila.
*Mampu - apa yang dimaksudkan dengan mampu ialah
Orang
yang mempunyai kelebihan belanja dan keperluan hidup diri dan
tanggungannya seisi keluarga pada hari Eidul Adha dan tiga hari
sesudahnya, iaitu hari Tasyrik, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Orang yang mampu makruh meninggalkan ibadah korban, kerana Rasulullah s.a.w.
telah bersabda, yang bermaksud:
"Sesiapa
yang mempunyai kelapangan tetapi tidak berkorban, maka hendaklah dia
mati dalam keadaan mati Yahudi atau mati Nasrani, jika dia mahu."
Hadis lain pula menyatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
"Sesiapa yang mempunyai kelapangan, tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami."
Sunat
hukumnya berniat untuk
melaksanakan ibadah korban bagi orang yang berkorban pada tanggal 10
Zulhijjah, tidak membuang rambut atau bulu-bulu yang ada di tubuhnya,
seperti berpangkas, mencukur misai atau janggut, memotong kuku dan
sebagainya, hingga haiwan korbannya selesai disembelih.
Ummu Salamah menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila
kamu melihat awal bulan Zulhijjah, dan salah seorang di antara kamu
bermaksud akan berkorban, maka hendaklah ia menahan rambut dan
kuku-kukunya."
HAIWAN KORBAN
Jenis haiwan yang sah untuk dijadikan haiwan untuk ibadah korban adalah:
1. Kibas, biri-biri atau domba
2. Kambing
3. Lembu, kerbau
4. Unta
2. Kambing
3. Lembu, kerbau
4. Unta
Haiwan-haiwan
tersebut haruslah jinak, yang terdiri daripada haiwan ternak atau
peliharaan. Haiwan liar seperti kambing hutan atau seladang yang hidup
di dalam rimba, tidak sah dijadikan korban.
Umur minima bagi haiwan yang boleh dijadikan korban ialah:
1. Kambing, kibas, biri-biri atau domba, lebih satu tahun.
2. Lembu, lebih dua tahun.
3. Unta lebih lima tahun.
2. Lembu, lebih dua tahun.
3. Unta lebih lima tahun.
Rupa bentuk serta kesihatan haiwan korban telah ditentukan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud:
"Empat
perkara yang tidak boleh pada haiwan korban ialah yang nyata benar buta
matanya, yang nyata benar sakitnya, yang nyata benar pincang kakinya
dan yang kurus kering tidak ada sum-sumnya" (Riwayat Tarmizi)
Haiwan
yang patah tanduknya tetapi tidak sampai mengurangi daging, sah
dijadikan korban. Akan tetapi haiwan yang patah tanduknya, tercabut
sampai ke pangkalnya sehingga mengurangi daging, tidak sah dijadikan
korban. Haiwan yang putus telinga atau putus ekornya, jika masih melekat
atau belum terpisah dari asalnya, sah dijadikan korban. Akan tetapi
jika terpisah dari badannya, tidak sah dijadikan korban.
Jantina
haiwan korban bukan merupakan syarat sah korban. Sah dijadikan korban
haiwan jantan, betina ataupun kunsha. Haiwan yang sedang hamil tidak sah
dijadikan korban.
Akan tetapi haiwan yang dikebiri (dikasi), boleh
dikorbankan, kerana hadis riwayat Abu Daud, Ahmad dan lain-lainnya ada
menyatakan:
"Bahawa Rasulullah s.a.w. telah berkorban dengan dua ekor kibas yang telah dikebiri."
Manakala dalam riwayat Imam Ahmad pula, Abu Rafi'i berkata:
"Rasulullah
s.a.w. berkorban dengan dua ekor kambing yang putih kehitaman dan buah
zakarnya telah mengembang sehingga dagingnya lebih baik dan enak.
Kemudian beliau meyerukan untuk berlumba-lumba memilih haiwan korban
yang terbaik."
KADAR HAIWAN KORBAN
Seekor
kambing atau biri-biri merupakan kadar minima ibadah korban yang cukup
untuk satu keluarga. Pendapat ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan
oleh At-Tarmidzi dan Ibnu Majah dari 'Athaa ibn Yasar, ujarnya:
"Aku
telah bertanya kepada Abu Ayub Al-Anshary: Berapakah korban yang
tuan-tuan lakukan pada masa Rasulullah? Abu Aiyub menjawab: Ada seorang
lelaki pada masa Nabi s.aw. berudhiyah seekor kambing untuk dirinya dan
ahli keluarganya. Mereka makan sebahagian daging itu dan sebahagian
diberikannya kepada orang lain, hingga manusia telah termengah-mengahan
dengan udhiyah itu, dan terjadilah seperti engkau persaksikan sekarang
ini."
Seekor lembu atau unta boleh dikongsi 7 orang, kerana menurut hadis Muslim dari Jabir:
"Pada musim haji, Rasulullah s.a.w. telah menyuruh kami berkongsi 7 orang pada seekor unta dan seekor lembu."
Hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Al-Barqani menyatakan:
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami: "Berkongsilah kamu dengan seekor unta dan lembu, untuk 7 orang seekor."
Di
samping itu, pernah para sahabat berkongsi 10 orang untuk satu unta
yang dijadikan korban tanpa dilarang oleh Rasulullah s.a.w.
WAKTU PENYEMBELIHAN
Waktu
penyembelihan haiwan korban bermula apabila khatib turun dari atas
mimbar selepas khutbah solat Eidul Adha pada 10 Zulhijjah sehingga
terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah.
Maka tempoh menyembelih haiwan korban hanya empat hari dalam setahun iaitu pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.
Sesiapa
yang menyembelih korban sebelum atau sesudah waktu itu, tidak sah
korbannya, kerana maksud hadis riwayat Bukhari dan Muslim menyatakan:
"Yang
mula-mula kami perbuat pada hari kami ini (hari raya haji) ialah kami
solat kemudian pulang, lalu kami meyembelih. Sesiapa berbuat begitu maka
dia sesuai dengan sunah kami. Sebaliknya sesiapa yang menyembelih
sebelum itu, maka sesungguhnya itulah daging yang disuguhkan kepada
keluarganya tidak sedikitpun termasuk ibadat (korban)."
MEWAKILKAN KORBAN
Said Sabiq dalam kitabnya "Fiqhus Sunnah", membolehkan daging korban dipindahkan ke negeri lain.
Juga
dibolehkan wang dari suatu negara ke negara lain dengan tujuan untuk
membeli haiwan korban dan menyembelihkannya di negeri itu.
Said
Ahmad bin Zaini Dahlan, Mufti Mazhab Syafi'e di Mekah, pernah ditanya
orang tentang masalah itu dan juga apakah sama hukumnya dengan aqiqah?
Said
Al-Bakri dalam kitabnya "I'anatut Thalibin" memuat jawapan terhadap
pertanyaan tersebut, jawabnya ialah sah dan boleh berwakil
untuk pembelian korban dan aqiqah dan boleh pula berwakil untuk
menyembelihnya walaupun orang yang empunya di luar negeri.
Imam
kita (mazhab Syafi'e) berpendapat bahawa orang yang halal sembelihannya
boleh berwakil kepada orang lain untuk menyembelih korban. Dan boleh
pula berwasiat untuk membeli haiwan dan menyembelih korban. Sedangkan
yang empunya korban itu sunat menyaksikan upacara penyembelihan
korbannya.
Dalam hal ini hukumnya adalah sama dengan hukum untuk ibadah aqiqah.
Penentuan hukum ini bersandarkan sebuah riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah
s.a.w pernah mengirim haiwan hadiah (korban) dari Madinah ke Mekah untuk disembelih di Mekah.
Walaupun
begitu, tidak boleh seseorang melakukan korban bagi pihak orang lain
kecuali dengan izin orang yang bersangkutan itu. Syarat ini tidak
termasuk ibadah korban yang dilaksanakan untuk ahli keluarga sendiri .
Maka
ayah boleh menyembelih korban untuk anaknya, dan begitu juga
sebaliknya, anak boleh menyembelih korban ibu yang menjadi
tanggungannya, meskipun yang bersangkutan tidak diberitahu.
Adapun orang yang sudah mati sedangkan pada masa hidupnya ada berwasiat
untuk berkorban, maka ahli warisnya hendaklah melaksanakan korban untuknya. Wasiat itu dianggap sebagai izinnya.
MENYEMBELIH KORBAN
Perkara yang disunatkan ketika penyembelihan korban adalah:
1. Bermula dengan "Bismillahir rahmanir rahim." Imam Malik menyatakan bahawa setiap penyembelihan yang tidak bermula dengan "bismillah" hukumnya haram, baik ditinggalkan dengan sengaja atau lupa.
1. Bermula dengan "Bismillahir rahmanir rahim." Imam Malik menyatakan bahawa setiap penyembelihan yang tidak bermula dengan "bismillah" hukumnya haram, baik ditinggalkan dengan sengaja atau lupa.
Imam
Abu Hanifah pula berpendapat, jika ditinggalkan dengan sengaja, haram,
tetapi jika ditinggalkan kerana lupa, halal. Imam Syafi'e berpendapat
sunat
membacanya. Jika tertinggal baik dengan sengaja atau lupa, hukumnya
halal, asal saja penyembelih itu orang yang mengetahui.
2. Takbir tiga kali sesudah membaca bismillah.
3. Selawat dan salam kepada Nabi s.a.w.
4. Mengadap kiblat.
5. Doa supaya korban itu diterima oleh Allah.
"Ya Allah, nikmat ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, maka terimalah daripadaku."
"Ya Allah, nikmat ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, maka terimalah daripadaku."
6. Mengasah pisau supaya lebih tajam.
7. Menyorong dan menarik serta menekan pisau dengan kuat ke leher haiwan.
8. Membaringkan haiwan itu dengan lambung kirinya ke tanah atau tangan kiri penyembelih sebelah kepala haiwan.
9. Mengikat semua kakinya dengan tali kecuali kaki kanan sebelah belakang.
10. Sembahyang sunat dua rakaat, selepas menyembelih
seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Buangkan
pisau yang ada di tanganmu, kemudian rukuklah (solatlah) dua rakaat
kerana sesungguhnya tiada seorang yang solat dua rakaat (selesai
meyembelih) dan memohon sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan
memperkenankannya."
No comments:
Post a Comment